Skip to main content

Keburukan Prasangka Buruk

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepada-Nya." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)

Matan Hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الطِّيَرَةُ مِنْ الشِّرْكِ وَمَا مِنَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ

]التخريج: سنن الترمذي ,كتاب السير عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في الطيرة , رقم حديث 1614 , وقَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَحَابِسٍ التَّمِيمِيِّ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَسَعْدٍ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[
Pengajaran Hadith :
  1. Menurut ahli bahasa, perkataan "tatayyur” atau “tiyarah" diambil daripada kebiasaan orang jahiliyah apabila ingin melakukan sesuatu akan mengherdik burung dan melihat sama ada ianya terbang ke arah kanan atau kiri. Jika ia terbang ke arah kanan bererti petanda kebaikan, namun jika ke arah kiri bererti petanda kesialan.
  2. Walau bagaimanapun, ada pendapat yang membezakan makna di antara "tatayyur" dan "tiyarah". Tatayyur adalah bersangka buruk yang muncul dalam hati, manakala tiyarah pula adalah tindakan yang diambil berdasarkan sangkaan tersebut. Kebiasaannya ia akan menyebabkan seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu kerana merasa gusar dan takut kepada tiyarah (firasat buruk).
  3. Tiyarah akan berlaku disebabkan oleh bisikan dan godaan syaitan. Ia termasuk perbuatan syirik yang menafikan kesempurnaan aqidah. Rasulullah SAW mengingatkan umat baginda bahawa Allah SWT tidak memberikan sesuatu petanda atas tiyarah (firasat buruk) atau menjadikannya penyebab perasaan takut dan khuatir untuk melakukan sesuatu. Pesanan Baginda SAW agar memohon petunjuk dengan melakukan solat sunat hajat dalam setiap perkara dan bertawakal kepada Allah SWT akan menyebabkan hati menjadi tenang serta jiwa menjadi tenteram.
Sumber Rujukan :
  1. Kitab Jami‘e At-Tirmizi
  2. Kitab Sunan Abu Dawud
  3. Kitab Sunan Ibn Majah
  4. Kitab Musnad Ahmad
  5. Kitab Fathu Al-Bariy Syarh Sahih Al-Bukhari Li Ibn Hajar Al-Asqolani
  6. Kitab Tuhfah Al-Ahwazi bisyarhi Jami‘e At-Tirmizi Li Al-Mubarakfuri
  7. Kitab ‘Auni Al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Dawud Li Al-‘Alamah Aabadi
  8. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari
  9. Kitab Ma‘ariju Al-Qabul bisyarhi Sulami Al-Wusul Ila ‘Ilm Al-Usul Lil Al-Hakami

Sumber: JAKIM

Comments

Popular posts from this blog

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum wbt. Bersempena kedatang bulan kelahiran Nabi kita, pihak surau ada mengadakan porgam berzanji selepas solat Maghrib. Pihak surau ingin menjemput para ahli kariah dan sesiapa yang ingin turut serta untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Mari kita berselawat kepada Rasul junjungan kita.  

Dendam!

Pengajaran daripada Surah Al-Hashr (ke-59) Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pela...